Minggu Subjeck Seni


Sebelum saya memulakan isi mengenai topik ini, izinkan saya mengucapkan terima kasih kerana anda sudi melungsuri lelaman ini. Saya berharap agar lelaman ini menghiburkan anda.

Pada minggu ini, Innova telah mengadakan "Minggu Subjek Seni " untuk menggalakkan pembelajaran dan minat di dalam bidang Seni, tidak kira samada ia adalah mata pelajaran Sastera, Sejarah, Geografi, mahupun Ekonomiks. Saya adalah salah seorang pelajar yang mengambil mata pelajaran Geografi pada peringkat H1.
Geografi adalah sebuah subjek yang paling menarik di antara subjek-subjek seni itu. Geografi merupakan sebuah kajian yang menunjukkan keadaan bumi dan persekitaran, dan bagaimana manusia berinteraksi dengannya. Saya juga berkesempatan untuk belajar tentang mereka yang berlainan cara kehidupan daripada kita – sebagai contoh, orang Barat dan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan dalam kehidupan mereka.
Minggu ini membawa bersamanya pengertian yang amat mendalam buat saya. Untuk subjek Geografi, kami melakukan sebuah projek ala siri televisyen Project Runway, dimana mereka menggayakan pakaian-pakaian yang telah dicorakkan. Walaubagaimanapun, maktab saya telah membuat sedikit perubahan: pakaian-pakaian ini harus dibuat daripada pakaian lama dan barangan-barangan lain yang hampir selalunya dijumpa di tong sampah.
Kelas kami, 0611A, telah berpeluang mengambil bahagian dalam pertandingan itu dan malangnya, hanya dapat meraih hadiah Consolation pada peringkat akhir. Walaupun begitu, kami tetap berasa gembira kerana kami tahu bahawa kami telah membuat yang terbaik untuk menjayakan projek ini. Juga, kegembiraan yang kami rasakan sewaktu membuat projek ini telah berjaya mengakrabkan pertalian sahabat. Pada pendapat saya, ini adalah sebuah rezeki yang lebih bernilai daripada hadiah pingat pertama.
Inilah gambar-gambar yang telah kami peroleh ketika membuat projek ini:

inilah kumpulanku yang terbaik yang membuatkan
pakaian itu(:

PRAGAWAN dan aku (:

PRAGAWAN menunjukkan guna-gunanya =P

pakaian pertama--ANGEL.

Wayang tentang Project Runway itu terletak bawah. Silakan melihahatkannya.

Comments

Popular posts from this blog

involvement

work

our Father's favorite oratory