Minggu Subjeck Seni
Sebelum saya memulakan isi mengenai topik ini, izinkan saya mengucapkan terima kasih kerana anda sudi melungsuri lelaman ini. Saya berharap agar lelaman ini menghiburkan anda. Pada minggu ini, Innova telah mengadakan "Minggu Subjek Seni " untuk menggalakkan pembelajaran dan minat di dalam bidang Seni, tidak kira samada ia adalah mata pelajaran Sastera, Sejarah, Geografi, mahupun Ekonomiks. Saya adalah salah seorang pelajar yang mengambil mata pelajaran Geografi pada peringkat H1. Geografi adalah sebuah subjek yang paling menarik di antara subjek-subjek seni itu. Geografi merupakan sebuah kajian yang menunjukkan keadaan bumi dan persekitaran, dan bagaimana manusia berinteraksi dengannya. Saya juga berkesempatan untuk belajar tentang mereka yang berlainan cara kehidupan daripada kita – sebagai contoh, orang Barat dan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan dalam kehidupan mereka. Minggu ini membawa bersamanya pengertian yang amat mendalam buat saya. Untuk subjek Geografi, kam...